Dua blok bangunan sekolah tidak dapat menampung bilangan murid yang begitu besar, maka bangunan sekolah baru telah dibina di Jalan Setia Raja. 3 blok bangunan 3 tingkat siap pada tahun 1997 dan pada sesi persekolahan 1998 semua murid dipindahkan ke sekolah baru. Jumlah murid setiap tahun makin bertambah, maka sebuah sekolah baru telah di bina di Jalan Tabuan Melayu untuk menampung bilangan murid yang begitu besar. Dengan penempatan semula sebahagian murid SK Tabuan ke SK Tabuan Hilir, Pengajaran dan Pembelajaran dapat dijalankan pada sebelah pagi sahaja. Sekarang sekolah ini hanya ada 620 orang murid dan 37 orang guru.
Selain Tiga blok bangunan konkrit tiga tingkat, sekolah ini ada satu blok bangunan makmal komputer (dua bilik), satu blok bangunan pra sekolah, satu blok separuh konkrit (dua bilik darjah), dua blok tandas murid dan satu blok flat kediaman guru dan kakitangan sekolah..
Ramai bekas murid sekolah ini telah berjaya mencipta nama dalam pelbagai bidang, sama ada dalam sektor awam ataupun swasta.
Berikut senarai nama Guru Besar yang pernah berkhidmat di SK Tabuan dari tahun 1959 hingga sekarang Tempoh Pentadbiran | Guru Besar | Jan 1959 - Dis 1975 Jan 1976 - Dis 1984 Jan 1985 - Dis 1986 Jan 1987 - Dis 1988 Jan 1989 - Nov1992 Nov 1992 - Mei 1993 Mei 1993 - Dis 1995 Jan 1996 - Mei 2000 Jun 2000 - Dis 2006 Jan 2007 - 2011 2011 - sekarang | Tn. Haji Nusi b. Haji Ahmad En. Doran b. Sidi Tn. Haji Zainal Abidin b. Haji Merjan Tn. Haji Kamel b. Bujang Tn. Haji Iddris b. Awen En. Abdul Draup b. Ain Tn. Haji Sharbini b. Haji Dawi En. Mahiji b. Nawawi En. Abdul Rahman Thaini b. Jualihi En. Suhaimi b. Jahiri
Pn Aluyah bt Hj Salleh |
|